Tamar diangkat
tinggi oleh Rasulullah s.a.w. kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang
tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus,
serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara
semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh
adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali
sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa
tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh
enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Buah Tamar (kurma)
Disunatkan
berbuka dengan tamar kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.
Tamar menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan
seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila
tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau
mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi
masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan
mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai
makan, mata pun mengantuk.
Kita makan
tamar tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah
barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat
tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat
tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali
sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana
tamar adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt
dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai
beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya tamar
juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar
anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Diriwayat oleh
Aishah radhiyallahu 'anha yang menjelaskan, tamar mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu
makan tamar akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
Dalam bidang
perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam tamar, ia amat
baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji
kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum
bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua
tertentu, tamar dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit.
Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru
di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau
salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus
bagi mengenakkannya. Tamar juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam
aiskrim.
Tamar sejenis
buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A
dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai
khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional, dari segi
saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana
ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara
sempurna.
Tamar
mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak
balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu
jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara
berlebihan.
Selain daripada
gangguan usus, jus tamar berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.
Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap
penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus tamar juga
merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah
insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus tamar sesuai untuk
diamalkan kerana kandungan gula dalam buah tamar bertindak menghilangkan
gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Tamar dikatakan
tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah
terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang tamar.
Mengikut
pendapat pakar perubatan, buah tamar kaya dengan unsur zat besi dan kalsium
sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini
berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam
binti Imran supaya memakan buah tamar ketika beliau dalam keadaan lemah selepas
bersalin.
KAJIAN DAN
PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan
pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai
khasiat tamar. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh
mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya
menunjukkan jus tamar dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran,
memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan
membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus tamar juga dapat mengurangkan
tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah
tinggi.
Kajian Profesor
Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti
Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus tamar membantu mencegah daripada
sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar,
merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping
menambahkan tenaga seksual, tamar juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil
kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat tamar dalam membantu memanaskan
badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu
tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan
menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan
membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja
buah tamar, umbut dari pokok tamar juga boleh dijadikan makanan dan ia juga
mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma
dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kurma Mencegah
Serangan Stroke
Kandungan
kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau
digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: tamar
boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama
vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan tenaga atau
kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada
pengecualian, misalnya tamar. Kandungan lemak pada tamar juga boleh diabaikan.
Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi
yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan.
Keunggulan lainnya, tamar mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh,
terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat
denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu
mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya tamar menjadi istimewa. Apalagi,
beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan
risiko serangan stroke.
Dari penelitian
terhadap pola / corak makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan
wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan
kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang
dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada
seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap
hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur mengambil
kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke
fatal jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang
mengambil kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada
lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang diambil
/ dimakan biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para
penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium
(minimal 400 mg setiap hari) risiko kematian boleh diturunkan sampai 40%.
Tahap 400 mg kalium itu mudah sekali
Anda penuhi dengan makan tamar kering sekitar 65 g saja, atau setara dengan
lima butir tamar. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar
penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu
menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah
stroke secara langsung, sebagaimana
keadaan tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian
melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu
kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal.
Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan
kalium tinggi, tak satu pun mengalami perdarahan otak. Sementara 40% pada
kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang
dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.
Dari hasil
penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, pengambilan ekstra kalium dapat
menjaga dinding arteri tetap anjal dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat
pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, tamar yang
secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di
Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa. Diam-diam ia menyimpan
senjata berpotensi anti-stroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian,
untuk memastikan nampak positif tamar, agaknya masih perlu dibuktikan lebih
lanjut melalui penelitian.
Memiliki
Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer
Selain kalium
yang berguna bagi kesihatan jantung dan pembuluh darah, tamar juga mengandung
salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau
penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembekuan darah,
antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi
Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga
boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang
merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean
Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan tamar mempunyai
aktiviti seperti aspirin. Tamar kering , katanya, sangat tinggi kandungan
salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering juga kaya dengan kalium kerana ia juga mengandung salisilat. Orang
yang peka dengan aspirin, kalau memakan makanan mengandung salisilat, akan
bereaksi sama dengan orang yg minum
aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan
mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan
mengandung salisilat, termasuk kurma.
Di pihak lain ,
para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada
makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada
kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose
yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau
stroke.
Berdasarkan hal
itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang
dikonsumsi boleh juga meredakan sakit
kepala.
Komposisi Gizi
* Buah tamar boleh dimakan secara langsung,
dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk
berbagai hidangan seperti aneka produk roti, permen, ais krim, selada dan
sirap.
Di negera Arab
tamar mendapat tempat yang cukup baik di
dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini
biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.
Nilai gizi
utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya,
yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada tamar
lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada
tamar kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)
Kebanyakan
varieti tamar mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau
fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun,
satu varietinya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya
mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).
Menurut Dr.
Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu",
tamar mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di
dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti
halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan
mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi,
tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai
gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa tamar dianggap sebagai buah yang ideal
untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.
Segelas air
yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British
Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30
menit, tetapi gula yang terkandung dalam tamar baru habis terserap dalam tempo
45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak tamar pada waktu sahur akan
menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini
juga kaya dengan serat.
Keunggulan
tamar lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin,
dan riboflavin dalam jumlah yang boleh diandalkan, serta niasin dan kalium
dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat
berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat
(bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.
Dalam setiap
100 g tamar kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10
mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu
melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk
fungsi jantung.
Riboflavin dan
niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara
tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin
memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin
penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.
Tamar juga
mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium.
Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam
kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara
mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon
(potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh
mencegah perdarahan rahim.
Cukup lima biji
sehari….!
Sumber:
tayibah.com