Soalan
Assalamualaikum w.b.h, saya ada 2 soalan utk diajukan.
1. Saya ada menonton satu dokumentari mengenai kaedah
perubatan secara elektrik yang telah dipelopori oleh sekumpulan doktor di
Amerika ketika 90-an. mereka menyatakan yang ciptaan mereka mampu mengubat
pelbagai jenis penyakit termasuk HIV, namun ciptaan mereka ditolak kerana akan
menyebabkan kerugian yg besar dalam 'industri kesihatan' kerana apabila byk
penyakit dapat disembuhkan, maka ahli2 farmasi akn kehilangan kerja, doktor2
juga akan mengganggur dan syarikat-syarikat farmaseutikal juga terpaksa
ditutup. justeru, sejauh manakah kesahihan dokumentari yang dipaparkan
tersebut?
2. Apakah kesan daripada pengambilan paracetamol? kerana
ada yg mengatakan yang kandungannya akan tertinggal di dalam badan sehingga 5
tahun. sekiranya benar, apakah jenis2 ubatan lain yang mempunyai kesan terhadap
kesihatan dan apakah langkah yang terbaik untuk kita menyembuhkan penyakit dan
mengelakkan penggunaan ubat-ubatan tersebut. TQVM
Jawapan
1.Kami tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan hal
tersebut. Harap maaf.
2. Ubat paracetamol atau lebih dikenali dengan nama
Panadol atau ubat KK di Malaysia semestinya tidak asing lagi bagi kita.
Ubat paracetamol ini atau PCM digunakan sebagai ubat tahan sakit
(analgesic, pain reliever). Selain itu ia juga digunakan secara meluas sebagai
ubat demam (antipyretic) dan ubat sakit kepala.
Berdasarkan pengalaman, professor di Universiti Kaherah
pernah berkata kepada kami ketika di dalam dewan kuliah bahawa ubat Paracetamol adalah ubat paling selamat,
berbanding ubat-ubat lain di pasaran. Walaupun dikatakan ubat paling selamat,
paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi apabila dos yang
digunakan tinggi dan berpanjangan. Sekiranya ubat yang paling selamat pun agak
berbahaya sekiranya diambil secara berlebihan, apatah lagi ubat-ubatan yang
lain. Maka elakkan mengambil apa-apa ubat tanpa ada preskripsi yang sah daripada
doctor anda.
Antara kesan-sampingan dan kesan toxic paracetamol:
1.Hepatotoxicity ( rosak hati):
sekiranya pengambilan 10 g atau lebih dalam sehari oleh orang dewasa ,
ataupun 5 g atau lebih oleh kanak-kanak akan merosakkan hati dan boleh membawa
maut. Golongan ini perlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) secepat mungkin.
Pengambilan setiap hari dan berpanjangan walaupun 4 g sehari boleh menyebabkan
toxicity dan maut.
Paracetamol tidak boleh diberikan pada mereka
yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Paracetamol juga tidak
sekali-kali diberikan kepada mereka yang minum arak (alcohol) ataupun mengambil
ubat phenobarbitol. Kedua-duanya HME inducer, maka kesan paracetamol pada hati
akan berganda lantas menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.
2.nephrotoxicity (rosak buah
pinggang). Phenacetin (struktur asal paracetamol) boleh mengakibatkan penyakit
Fatal chronic interstitial nephritis.
3. methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi
kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.
4.Allergic (pada sebahagian individu)
Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol,
pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil
ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih
daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan.
Soalan kedua tuan/puan berkenaan ubat yang mempunyai
kesan pada kesihatan tidak akan dijawab kerana semua ubat ada kesan pada
kesihatan, tiada satu pun yang betul-betul selamat. Maka tak perlu dihuraikan.
Nota: ambil Panadol / Paracetamol ikut dos yang dinyatakan pada paket atau ikut arahan Doktor. Panadol biasa setiap biji = 500mg
* 1,000 mg = 1 g
Nota: ambil Panadol / Paracetamol ikut dos yang dinyatakan pada paket atau ikut arahan Doktor. Panadol biasa setiap biji = 500mg
* 1,000 mg = 1 g
Tiada ulasan:
Catat Ulasan